Thursday 27 October 2011

SUSAH HAMIL?PETUA KESUBURAN

FIBROID DAN WANITA RISIKONYA TETAP ADA

AINA membaca buku sambil meniarap, tetapi cepat-cepat bingkas bangun semula. Eisy… sakitnya perut, kenapa ya, bisik hatinya. Lantas dia melihat dirinya di cermin. Tiada banyak bezanya, cuma perutnya agak buncit sedikit. Malah, ramai kawannya menyangka dia mengandung. Tetapi dia tersenyum sendiri. Mana mungkin. Haidnya datang begitu banyak sekali sampai berbungkus-bungkus tuala digunakan. Pasti tidak hamil!
Kawan-kawan mengesyorkannya berjumpa doktor, malu juga sebab sudah berusia, haid macam orang muda malah lebih daripada itu lagi. Bila berjumpa doktor, Aina disahkan mempunyai fibroid yang perlu dikeluarkan secepat mungkin.
Fibroid bagaikan sudah menjadi lumrah bagi wanita, biarpun tidak berbahaya namun risikonya tetap ada. Bunyi lucu tetapi serius. Kata-kata yang dihamburkan doktor pakar membuat sesiapa sahaja yang mendengarnya tersenyum.
Apa tidaknya, menurut beliau, andai bedah siasat dilakukan ke atas wanita-wanita yang sudah meninggal dunia, lebih 20 peratus daripada mayat-mayat itu didapati mempunyai ketumbuhan fibroid.
Maknanya, fibroid adalah sesuatu yang biasa bagi wanita dan ia tidak berbahaya biarpun mendatangkan ketidakselesaan kepada wanita yang mengalaminya.
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Salleh Mohd. Yatim memberitahu, justeru wanita tidak perlu bimbang kecuali jika ia mendatangkan masalah kepada mereka.
“Bagaimanapun apabila ia memberi masalah, mereka perlu berjumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya,” ujarnya.
Menurutnya, ramai wanita tidak menyedari bahawa mereka mempunyai fibroid di dalam rahim atau ovari kerana tumor itu lazimnya tidak membesar sebaliknya mengecut apabila wanita itu mencapai usia menopaus.
Beliau bagaimanapun mengingatkan, terdapat kes-kes ketumbuhan fibroid yang memudaratkan apabila tumbesarannya berlaku dengan begitu pantas. Dari sekelumit kutil ia boleh membesar sehingga 50 paun dan rekod fibroid terbesar dikeluarkan di dunia adalah 140 paun!
Dr. Salleh berkata, ini menyebabkan ramai pesakit tidak menyedari mereka mempunyai ketumbuhan dalam rahim, kerana kebanyakan fibroid hampir sifar simptom.
Tambahnya, jika fibroid begitu cepat membesar dan boleh menghinggap atau melekat pada organ-organ lain, ketika itulah ia mengundang kemudaratan. Ia turut membawa kesengsaraan lain bagi pesakit.
Apa itu fibroid?
Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.
Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka.
Biarpun begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organ yang mengandungi sel-sel otot licin. Fibroid adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber di mana dari situlah ia mendapat namanya.
Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom.
Malah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ini, telah mencetuskan kontroversi.
Kenapa? Ketumbuhan ini merupakan penyebab utama bagi pembedahan histerektomi iaitu pembedahan mengeluarkan fibroid dan rahim.
Tidak pernah mengandung
Dr. Salleh berkata, lazimnya mereka yang tidak pernah mengandung, gemuk, berkulit hitam, mempunyai risiko untuk mendapat fibroid.
“Bagaimanapun tiada sebab-sebab tertentu seseorang itu boleh mendapat fibroid. Hanya sekitar 25 peratus sahaja pesakit fibroid yang mengalami simptom-simptom.
“Ini termasuklah mereka yang mengalami pendarahan haid yang banyak, sakit sewaktu hubungan kelamin, kemandulan mahupun masalah dubur yang disebabkan oleh tekanan akibat daripada ketumbuhan fibroid ini,” jelas beliau.
Bagi wanita mengandung pula, fibroid boleh menyebabkan komplikasi termasuk keguguran, sakit bersalin sebelum waktunya dan kesakitan akibat daripada infarksi yang berpunca daripada kekurangan bekalan darah atau menyebabkan kedudukan bayi tidak normal dan terpaksa menjalani pembedahan Caesarean semasa bersalin.
Biarpun amat jarang berlaku, fibroid boleh berubah keadaannya dengan menjadi malignan, apabila ia cukup besar mahupun membesar dengan cepatnya.
Diagnosis
Lazimnya, diagnosis dilakukan dengan mengambil kira sejarah simptom-simptom seperti yang dijelaskan di atas, atau secara kebetulan apabila pesakit menjalani pemeriksaan faraj yang berkala seperti ujian pap smear.
“Bagi sesetengah wanita yang menjalani pemeriksaan kemandulan, fibroid boleh dilihat sewaktu menjalani imbasan ultrasound.
“Imbasan ultrasound adalah sangat penting memandangkan ia juga boleh membezakan di antara sis dan lain-lain tumor pelvik,” kata Dr. Salleh.
Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di mana magnet-magnet berkuasa tinggi digunakan untuk melihat struktur tisu-tisu juga berguna walaupun ia adalah mahal.
Ia bermanfaat bagi membezakan di antara fibroid dengan adenomiosis iaitu satu keadaan yang berkaitan dengan endometriosis dan agak sukar untuk dirawat.
Katanya: “Malah, ada yang datang berjumpa doktor setelah mendapati abdomen mereka semakin lama semakin membesar seperti mengandung. Selepas pemeriksaan dilakukan barulah diketahui wanita ini mengalami fibroid.”
Jenis-jenis fibroid
Lokasi fibroid sering mempengaruhi tanda-tanda yang dialami dan pada sesetengah kes, rawatannya.
- Fibroid submukus terdapat di bawah lapisan uterus dan boleh menyebabkan masalah haid termasuk kesakitan apabila ia membesar.
- Fibroid intramural adalah fibroid bulat yang terdapat di dalam dinding uterus yang boleh menyebabkan pembesaran uterus.
- Fibroid subserous tumbuh di luar dinding uterus dan selalunya tidak menyebabkan sebarang tanda-tanda sehinggalah ia membesar dan mengganggu organ-organ lain.
- Fibroid pedunkel berbentuk gagang tercetus apabila fibroid subserous mengeluarkan tangkai atau pedunkel, membesar serta membengkok dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.
- Fibroid submukus dan intramural lebih banyak mengundang kesakitan semasa haid dan mendatangkan masalah seperti keguguran. Sementara itu, subserous dan pedunkel pula boleh menyebabkan masalah kemampatan dan kesakitan terutamanya semasa kehamilan.
- Fibroid interliganmentous tumbuh di sisi di antara ligamen yang menyokong uterus di dalam abdomen dan adalah sukar untuk mengeluarkannya yang berkemungkinan menjejaskan bekalan darah.
- Fibroid parasitik, paling jarang berlaku di mana fibroid melekat pada organ lain.
Waktu sesuai merawat fibroid
“Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukkan tanda-tanda seperti yang dijelaskan tadi.
“Ia juga difikirkan sesuai, bagi sesetengah kes apabila seseorang wanita ingin hamil dan pandangan perubatan berbelah bahagi sama ada fibroid perlu dirawat atau mencari peluang mengandung,” kata Dr. Salleh.
Kadangkala, haid yang terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang wanita itu mendapat anemia.
Pun begitu, katanya, kebanyakan doktor bersetuju biarpun tiada simptom-simptom, fibroid pedunkel agak jarang mencetuskan masalah besar bagi wanita hamil.
Bagaimanapun bagi fibroid submukus, ia berkemungkinan menyebabkan wanita lambat hamil serta mengakibatkan wanita hamil mengalami keguguran.
Keputusan untuk merawat atau tidak sebenarnya bergantung kepada usia wanita itu sendiri, saiz fibroid, pernah keguguran dan sama ada rahim menjadi herot kerana kewujudan fibroid itu.
Dr. Salleh menambah, usia adalah faktor penting kerana fibroid akan membesar di bawah pengaruh estrogen dan fibroid juga mudah dikeluarkan di kalangan wanita muda dan ketika fibroid masih kecil lagi.
Bagi wanita yang berusia, mereka perlu berjaga-jaga apabila membuat keputusan untuk melengahkan pembedahan.
“Bagaimanapun, wanita yang telah menjalani pembedahan mengeluarkan fibroid perlu mengambil masa sebelum mengandung. Pakar akan menasihati masa yang sesuai mengikut keadaan pesakit,” ujarnya lagi.
Rawatan fibroid
Rawatan fibroid bergantung kepada saiz dan kedudukan fibroid itu.
- Rawatan hormon; terapi hormon sangat berguna kepada wanita yang hampir menopaus dan bercadang untuk mengelak pembedahan. Bagaimanapun terapi ini tidak banyak memberi manfaat kepada wanita yang bercadang untuk hamil.
- Reseksi histeroskopi; lazimnya dilakukan ke atas fibroid submukus asalkan fibroid itu berukuran kurang daripada l0 sentimeter garis pusat. Beberapa proses dilakukan sebelum pembedahan dapat dilakukan.
Pembedahan membuang fibroid ini menggunakan sejenis alat berupa wayar khas bersama histeroskop yang dimasukkan ke dalam uterus melalui serviks/pangkal rahim.
- Pembedahan laparoskopi atau miomektomi laparoskopi pula adalah pembedahan bagi mengeluarkan fibroid.
Intramural dan subserous boleh dikeluarkan melalui pembedahan ini melalui dua insisi/pemotongan 10 milimeter panjang, satu di bahagian pusat dan satu lagi di garisan abdomen.
Hanya segelintir sahaja pakar yang mengambil pilihan ini kerana ia mengambil masa yang lama dan cukup mencabar.
- Miomektomi terbuka, pembedahan konvensional yang dilakukan melalui insisi di bahagian bawah, memanjang atau menegak di bahagian garisan bikini (antara ari-ari dan abdomen). Otot-otot uterus dibedah dan fibroid dikeluarkan.
Doktor biasanya akan mengesyorkan wanita yang hamil selepas pembedahan ini untuk menjalani pembedahan Caesarean apabila sampai masanya untuk bersalin.
- Histerektomi bergantung kepada usia, bilangan anak, masalah kesihatan wanita serta lain-lain faktor.
Wanita yang menjalani histerektomi tidak akan mempunyai haid lagi kerana rahimnya sudah dikeluarkan sekali bersama fibroid.
Nasihat pakar
Dr. Salleh menegaskan, bagi wanita yang menopaus, mereka perlu mendapat rawatan sekiranya mengalami tanda-tanda menopaus yang teruk.
Dalam hal ini, suami perlu memberi sokongan yang sewajarnya untuk isteri dalam meneruskan kehidupan seharian termasuk dalam hubungan suami isteri.
Beliau juga menekankan, wanita perlu menjalani ujian pap smear secara berkala untuk mengesan kanser servik dan fibroid. Fibroid yang aktif dan cepat membesar juga berbahaya bagi wanita.
Wanita yang melalui pembedahan perlu mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang ideal serta melakukan senaman yang bersesuaian apabila mereka sudah pulih sepenuhnya. Jumpalah doktor untuk nasihat selanjutnya

Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak,saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut:
Elakkan:
  • Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
  • Makan junk food
  • Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
  • Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
  • Makan burger dan nugget
  • Makan jambu batu
  • ajinomoto & seangkatan dengannya
  • cili@ tomota sos-kandungan ada angkatan ajinomoto
  • tomato
  • taugeh
  • peria yang beli kat pasar-kalau tanam sendiri ok
  • kobis
  • makanan laut-kerang,sotong,ikan bakar
  • makanan yang dibakar terus(direct) dengan api-ikan bakar,satay
  • makanan @ minuman yang ada pewarna

Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.

Amalkan amalan berikut, selepas solat atau bila-bila masa & ketika dimana jua:

a) Istigfar  
b) Subhanallah  
c) Alhamdulillah  
d) Allah hu Akbar  
e) Selawat keatas Nabi Muhammad SAW

CARA MELAKUKAN AMALAN SENAMAN BATIN 


1. Duduk bersila badan tegak
2. Luruskan kaki kanan ke depan
3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan, tangan kiri pula pegang lutut kiri dan tarik nafas perlahan-lahan.
4. Selepas nafas penuh di dada, bawa tangan kiri tadi ke kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jgn lepaskan nafas, tahan selama tujuh saat)
5. Ulangi perkara di atas dengan kaki kiri pula.
6. Lakukan tiga atau tujuh kali selepas solat Subuh. Jika betul melakukannya, peluh akan keluar walaupun hanya 3 kali (3 x kanan dan kiri)

WANITA YANG INGIN HAMIL BOLEHLAH MENGAMALKAN HERBA PUERARIA,KERANA HERBA PUERARIA DAPAT MENGATASI MASALAH-MASALAH VAGINA DAN RAHIM.

SELAMAT MENCUBA!

Friday 21 October 2011

Bagaimana pula sebagai ubatan Tekanan Darah Tinggi?

Sebenarnya teori keseimbangan 4 unsur sudah boleh menjawab permasalahan ini tetapi agar perbicaraan kita menjadi lebih ilmiah maka dikemukakan perkara kedua untuk menyakinkan pengguna.Kebiasaannya tekanan darah tinggi terjadi kerana kelebihan unsur angin (herbalisma).Ia memerlukan herba yang bersifat pahit dan kelat untuk penyembuhan.Pokok Tongkat Ali,Akar Patawali,Pokok Cerita/Hempedu Bumi adalah contoh herba pahit sementara Akar Larak,Pinang Muda,Kurma Muda adalah contoh herba kelat.Sinergi Radix mengandungi Akar Tongkat Ali dan Akar Larak yang mengandungi sifat pahit kelat untuk tujuan itu.

Pokok Tongkat Ali mempunyai kesan diuretik dan setiap herba diuretik adalah anti-hipertensi.Menurut kajian farmakologi pula,pokok Tongkat Ali mengandungi beta-sitosterol dan stigma sterol yang bertindak menurunkan tekanan darah tinggi.Sesuatu yang menarik,Radix bukan hanya menjadi "symtomatic treatment" iaitu dengan hanya menghilangkan simptomnya sahaja tetapi ia memberikan perawatan menyeluruh dan terapi untuk Sistem Kardiovaskular.
Harga Ahli RM30.00 NM10

Bagaimana RADIX digunakan untuk kencing manis?

Sesuatu yang bercanggah dengan ilmu nutrisi,bagaimana Kopi Radix yang mengandungi gula boleh digunakan untuk menurunkan kadar glukosa dalam darah.Mari kita sama-sama memahami,bahawa gula putih merupakan gula yang telah hilang keseimbangan setelah melalui beberapa proses pengilangan.Oleh kerana ia tidak seimbang,maka ia akan mengganggu organ tubuh berfungsi.Ini dapat kita lihat kesannya selepas setengah jam mengambil gula putih,sistem imuniti akan menurun 40-50%(kajian).Ia juga akan menjadikan sel-sel beta dalam pankreas mula tidak peka bagi pengeluaran insulin.Akhirnya gula membanjiri darah dan masuk ke dalam urin.Menghentikan pengambilan gula adalah sesuatu yang akan menghilangkan tenaga tubuh,sementara pengambilan gula pula akan menjadikan penyakit kencing manis semakin serius dan boleh mengakibatkan kesan yang sangat buruk seperti lumpuh,buta,gangren dan lain-lain lagi.

Keadaan ini mudah diubati jika kita berbalik kepada hukum keseimbangan 4 unsur iaitu penyakit terjadi kerana unsur-unsur seperti tanah,air,api,dan angin berada dalam keadaan yang tidak seimbang.Menghafal nama-nama penyakit dan mengubati simtomnya tidak akan menyembuhkan penyakit tersebut melainkan kaedah penyembuhan dengan mengambil herba yang seimbang.

RADIX merupakan sinergi yang cukup seimbang bagi perawatan kencing manis dan penyakit-penyakit yang lain kerana ia mengandungi herba seperti berikut:

Teja Lawang...........Aromatik...........Api
Larak           ..........Astringen............Tanah
Tebu Gajah  ...........Manis.................Air
Tongkat Ali  ...........Pahit..................Angin

Harga Ahli RM30 NM10

Thursday 20 October 2011

KENAPA MEMILIH AKAR/RADIX?

Bahagian yang paling stabil dalam tumbuh-tumbuhan ialah bahagian akar dan boleh disinergikan dengan herba lain tanpa kesan sampingan.Bahagian akar juga berperanan menyimpan zat-zat makanan seperti mineral,vitamin dan fitonutrien yang lain.Pengambilan herba akan mengembalikan keseimbangan tubuh iaitu keseimbangan kepada empat unsur iaitu unsur Tanah,Air,Api dan Angin.Bahagian yang terbaik diambil adalah dari akar (radix) sesuatu tumbuhan.

APAKAH ITU RADIX?

Radix ialah nama saintifik yang merujuk kepada akar sesuatu tumbuhan seperti akar pokok Tongkat Ali yang dikenali sebagai Eurycoma lomgifolia radix.Radix terdiri daripada sinergi 7 herba iaitu Akar Tongkat Ali,Akar Mata Pelanduk,Akar Halban,Akar Larak,Akar Teja Lawang,Akar Tebu Gajah dan Akar Mengkudu Hutan.Oleh kerana hampir kesemua bahagian herba yang digunakan itu adalah daripada akar,maka HPA menamakan resepi ini sebagai RADIX

Monday 17 October 2011

PRODUK HPA VIGOR-UNTUK LELAKI

KHASIAT HERBA BUTEA SUPERBA
  1. Meningkatkan aktiviti androgenik
  2. Mengembalikan keremajaan
  3. Meningkatkan dan mengembalikan prestasi seksual lelaki
  4. Membantu meningkatkan perjalanan darah pada organ seksual lelaki
  5. Menjadikan ereksi zakar lebih selesa
  6. Membantu lelaki yang mengalami masalah ‘erectile dysfunction’ (ED)/disfungsi erektil
  7. Meningkatkan tahap kepekatan sperma
  8. Memanjangkan tempoh pergerakan sperma.
Tumbuhan herba Butea Superba tumbuh di India, Thailand dan juga di Asia Tenggara. Dikenali sebagai ‘Red Kwao Krua’ di kalangan masyarakat Thailand, tumbuhan herba ini telah lama digunakan secara tradisional untuk meningkatkan prestasi kegiatan seksual lelaki.
Herba Butea Superba ini didapati dapat meningkatkan aktiviti androgenik, di mana aktiviti androgenik ini sangat penting dalam perkembangan sistem pembiakan lelaki. Antara contoh hasil aktiviti androgenik ini termasuklah pertumbuhan bulu-bulu di badan, perkembangan organ pembiakan lelaki dan juga pembentukan jisim otot yang lebih pejal berbanding otot wanita.
Khasiat tumbuhan herba ini menyamai kapsul ‘viagra’ yang berfungi untuk menguatkan tenaga batin lelaki. Istimewanya, herba Butea Superba ini membantu menggalakkan perjalanan darah ke dalam organ seksual lelaki tanpa memberi kesan mempercepatkan kadar denyutan jantung, gementar atau letih, sekaligus menjadikan ereksi zakar lebih selesa.
Menurut kajian saintifik, penggunaan tumbuhan herba ini secara berterusan dapat mengembalikan keremajaan dan membantu merawat masalah kesihatan yang berkaitan dengan penuaan. Sediaan daripada tumbuhan herba ini didapati dapat membantu meningkatkan fungsi ereksi di kalangan lelaki yang mengalami masalah ‘erectile dysfunction’ (ED)/disfungsi erektil tanpa memberi kesan toksik.
Herba Butea Superba juga dipercayai dapat membantu meningkatkan tahap kepekatan sperma dan juga memanjangkan tempoh pergerakan sperma di mana ia merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kesuburan lelaki.
Secara konklusinya, herba Butea Superba sememangnya herba yang sangat berguna untuk penjagaan kesihatan lelaki.
KOMPOSISI: 1 KOTAK – 30 BIJI BOVINE KAPSUL
HARGA PENGEDAR HPA:
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM50.00
SABAH & SARAWAK: RM 
HARGA PENGGUNA:
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM60.00
SABAH & SARAWAK: RM
NILAI MATA (NM): 25

Monday 10 October 2011

HERBA PUERARIA MIRIFICA-UNTUK WANITA

KHASIAT HERBA PUERARIA MIRIFICA
1. Menstabilkan hormon estrogen.
2. Agen anti-penuaan untuk kulit berkedut
3. Menghitamkan rambut beruban dan melebatkan rambut
4. Membantu meningkat selera makan
5. Membantu menambah tenaga dan meningkatkan semangat
6. Membantu memulihkan daya ingatan.
7. Melancarkan perjalanan darah.
8. Membantu mengatasi masalah sukar tidur.
9. Membantu memantapkan payudara.

1. Herba Pueraria mirifica merupakan tumbuhan herba yang sangat terkenal dengan khasiatnya yang pelbagai. Hasil kajian saintifik menunjukkan herba ini dapat mengembalikan keremajaan khususnya untuk wanita. Bertindak dari dalam untuk menyerlahkan kecantikan dan kesihatan dalaman serta luaran yang menyeluruh, dari hujung rambut ke hujung kaki.
2. Kelebihan utama herba Pueraria mirifica adalah menyeimbangkan hormon estrogen untuk
memelihara ciri-ciri kewanitaan seorang wanita. Hormon estrogen merupakan kunci utama di dalam kesuburan seorang wanita. Ia menyerlahkan sifat kewanitaan serta membantu dalam membentuk tubuh badan wanita.
3. Antara lain kelebihan herba Pueraria mirifica adalah sebagai agen anti-penuaan di mana ia dapat
membantu mengurangkan masalah kedutan pada kulit dengan menegangkan dan menghaluskan struktur kulit. Kedutan pada kulit akan berkurangan dengan berkurangnya garis-garis halus, sekaligus menjadikan anda tampak lebih muda.
4. Di samping itu, Pueraria mirifica juga dapat melebatkan rambut dan melambatkan uban. Rambut
akan tampak lebih sihat dan bersinar. Ia juga dapat membantu menambah tenaga dan meningkatkan semangat, supaya lebih cergas menjalani kehidupan seharian.
5. Tumbuhan herba ini juga berkhasiat untuk menambahkan selera makan, membantu memulihkan
daya ingatan serta melancarkan perjalanan darah. Ia juga dapat membantu masalah sukar tidur, supaya dapat tidur lebih lena pada waktu malam.
6. Herba Pueraria mirifica ini juga dapat mengangkat dan menganjalkan kembali payudara yang telah kendur akibat daripada proses penuaan. Payudara akan menjadi lebih pejal dan mantap, menjadikan anda kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar.
7. Kesimpulannya, herba Pueraria mirifica merupakan tumbuhan herba yang sangat berguna bagi
golongan wanita untuk memelihara kesihatan agar kekal cergas dan bertenaga, di samping kelihatan menarik dan lebih muda daripada usia sebenar.

KULIT
  • Menganjalkan kulit
  • Menegangkan dan menghaluskan struktur kulit
  • Mengurangkan kedutan dan garis - garis halus pada kulit
  • Mencerahkan dan meratakan warna kulit
  • Menyihatkan kulit supaya tidak kering
  • Menghaluskan liang roma dan mengurangkan minyak
  • Melembutkan kulit yang kasar dan kering
  • Merawat jerawat dari dalam
  • Mencegah pertumbuhan jerawat
  • Menghilangkan lebam bawah mata
  • Melambatkan proses penuaan dengan berkesan
KUKU
  • Mencegah kuku daripada lemah dan rapuh
  • Menguatkan kuku agar tidak merekah
  • Meningkatkan pertumbuhan kuku yang sihat
  • Kuku akan bersinar dan tidak pucat
RAMBUT
  • Menguatkan rambut
  • Mengawal rambut daripada rapuh dan bercabang
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut baru
  • Mengawal keguguran rambut
  • Melambatkan penuaan rambut
  • Menjadikan rambut sihat, hitam, bersinar, bermaya, dan beralun
 BADAN
  • Melangsingkan badan dan pertambahan jisim badan tanpa lemak
  • Membentuk, memontok dan merampingkan badan tanpa benjolan lemak atau selulit
  • Mencantikkan badam tanpa menggeleber
RAHIM DAN VAGINA
  • Menegangkan ramhim kembali ke bentuk asal
  • Merawat masalah - masalah yang berkaitan dengan rahim
  • Merawat keputihan dan masalah haid yang tidak teratur
  • Memberi kelembapan pada vagina
  • Menghalang jangkitan pada vagina
  • Menjadikan dinding dan pintu vagina lebih elastik dan ketat semulajadi
  • Menambah dan mengaktifkan cairan semulajadi ke dalam faraj 
  • Menjadikan anda adalah seorang wanita yang paling istimewa buat suami.  Keistimewaan yang hanya anda dan suami yang merasainya
PUNGGUNG DAN PAYUDARA
  • Menganjalkan dan menegangkan payudara
  • Memantapkan kepada bentuk yang padat
  • Membesarkan payudara
  • Menstabilkan kedudukan payudara
  • Menjadikan payudara dan punggung yang seksi
  • Mencerahkan puting dan menghilangkan kedutan di sekitar payudara
  • Mengekalkan kecantikan payudara yang sedia besar dan menegangkan
  • Sangat efektif untuk mereka yang telah menjalani pembedahan membuang ovari
KESIHATAN
  • Menambahkan kesegaran tubuh, tenaga dan meningkatkan kadar libido (ketahanan)
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung dan masalah kekurangan kaslsium
  • Sangat baik untuk wanita pra manopous dan manopous
  • Mengurangkan penyakit diabetis dan darah tinggi
  • Mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan mata 
  • Menghalang mood swing akibat kekurangan estrogen dalam tubuh
  • Menstabilkan emosi wanita dan hormon wanita
tempahan dibuka masih di buka....sebarang pertanyaan boleh hubungi saya....

Berpantang bersama SET BERSALIN HPA

SET BERSALIN – 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1
Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-
1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.
2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.
3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.
4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.
5. Menghilangkan sakit batu meriyan.
6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.
7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.
8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.
Set bersalin mengandungi:-
Minyak Barut (2 unit).
Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.
Minyak Bayi (2 unit).
Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.
Teh Herba (1 unit).
Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.
Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).
Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.
Kapsul Wanita A & B.
Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.
Ubat Basuh (Kegunaan Luar).
Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.
Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.
Tambahan Info:
1. Ubat Periuk (4 bunjut)
-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.
Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.
2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
- Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.
3. Spirulina
- 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.
4. Minyak Barut
- Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.
5. Minyak Bayi
- Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.
6. Teh Herba
- Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.
7. Ubat Basuh
- Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.
**Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.
Puluhan ribu ibu-ibu telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.
Harga :
Semenanjung : RM 90
Sabah/Sarawak : RM 100