AINA membaca buku sambil meniarap, tetapi cepat-cepat bingkas bangun semula. Eisy… sakitnya perut, kenapa ya, bisik hatinya. Lantas dia melihat dirinya di cermin. Tiada banyak bezanya, cuma perutnya agak buncit sedikit. Malah, ramai kawannya menyangka dia mengandung. Tetapi dia tersenyum sendiri. Mana mungkin. Haidnya datang begitu banyak sekali sampai berbungkus-bungkus tuala digunakan. Pasti tidak hamil!
Kawan-kawan mengesyorkannya berjumpa doktor, malu juga sebab sudah berusia, haid macam orang muda malah lebih daripada itu lagi. Bila berjumpa doktor, Aina disahkan mempunyai fibroid yang perlu dikeluarkan secepat mungkin.
Fibroid bagaikan sudah menjadi lumrah bagi wanita, biarpun tidak berbahaya namun risikonya tetap ada. Bunyi lucu tetapi serius. Kata-kata yang dihamburkan doktor pakar membuat sesiapa sahaja yang mendengarnya tersenyum.
Apa tidaknya, menurut beliau, andai bedah siasat dilakukan ke atas wanita-wanita yang sudah meninggal dunia, lebih 20 peratus daripada mayat-mayat itu didapati mempunyai ketumbuhan fibroid.
Maknanya, fibroid adalah sesuatu yang biasa bagi wanita dan ia tidak berbahaya biarpun mendatangkan ketidakselesaan kepada wanita yang mengalaminya.
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Salleh Mohd. Yatim memberitahu, justeru wanita tidak perlu bimbang kecuali jika ia mendatangkan masalah kepada mereka.
“Bagaimanapun apabila ia memberi masalah, mereka perlu berjumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya,” ujarnya.
Menurutnya, ramai wanita tidak menyedari bahawa mereka mempunyai fibroid di dalam rahim atau ovari kerana tumor itu lazimnya tidak membesar sebaliknya mengecut apabila wanita itu mencapai usia menopaus.
Beliau bagaimanapun mengingatkan, terdapat kes-kes ketumbuhan fibroid yang memudaratkan apabila tumbesarannya berlaku dengan begitu pantas. Dari sekelumit kutil ia boleh membesar sehingga 50 paun dan rekod fibroid terbesar dikeluarkan di dunia adalah 140 paun!
Dr. Salleh berkata, ini menyebabkan ramai pesakit tidak menyedari mereka mempunyai ketumbuhan dalam rahim, kerana kebanyakan fibroid hampir sifar simptom.
Tambahnya, jika fibroid begitu cepat membesar dan boleh menghinggap atau melekat pada organ-organ lain, ketika itulah ia mengundang kemudaratan. Ia turut membawa kesengsaraan lain bagi pesakit.
Apa itu fibroid?Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.
Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka.
Biarpun begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organ yang mengandungi sel-sel otot licin. Fibroid adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber di mana dari situlah ia mendapat namanya.
Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom.
Malah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ini, telah mencetuskan kontroversi.Kenapa? Ketumbuhan ini merupakan penyebab utama bagi pembedahan histerektomi iaitu pembedahan mengeluarkan fibroid dan rahim.
Tidak pernah mengandungDr. Salleh berkata, lazimnya mereka yang tidak pernah mengandung, gemuk, berkulit hitam, mempunyai risiko untuk mendapat fibroid.
“Bagaimanapun tiada sebab-sebab tertentu seseorang itu boleh mendapat fibroid. Hanya sekitar 25 peratus sahaja pesakit fibroid yang mengalami simptom-simptom.
“Ini termasuklah mereka yang mengalami pendarahan haid yang banyak, sakit sewaktu hubungan kelamin, kemandulan mahupun masalah dubur yang disebabkan oleh tekanan akibat daripada ketumbuhan fibroid ini,” jelas beliau.
Bagi wanita mengandung pula, fibroid boleh menyebabkan komplikasi termasuk keguguran, sakit bersalin sebelum waktunya dan kesakitan akibat daripada infarksi yang berpunca daripada kekurangan bekalan darah atau menyebabkan kedudukan bayi tidak normal dan terpaksa menjalani pembedahan Caesarean semasa bersalin.
Biarpun amat jarang berlaku, fibroid boleh berubah keadaannya dengan menjadi malignan, apabila ia cukup besar mahupun membesar dengan cepatnya.
DiagnosisLazimnya, diagnosis dilakukan dengan mengambil kira sejarah simptom-simptom seperti yang dijelaskan di atas, atau secara kebetulan apabila pesakit menjalani pemeriksaan faraj yang berkala seperti ujian pap smear.
“Bagi sesetengah wanita yang menjalani pemeriksaan kemandulan, fibroid boleh dilihat sewaktu menjalani imbasan ultrasound.
“Imbasan ultrasound adalah sangat penting memandangkan ia juga boleh membezakan di antara sis dan lain-lain tumor pelvik,” kata Dr. Salleh.
Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di mana magnet-magnet berkuasa tinggi digunakan untuk melihat struktur tisu-tisu juga berguna walaupun ia adalah mahal.
Ia bermanfaat bagi membezakan di antara fibroid dengan adenomiosis iaitu satu keadaan yang berkaitan dengan endometriosis dan agak sukar untuk dirawat.
Katanya: “Malah, ada yang datang berjumpa doktor setelah mendapati abdomen mereka semakin lama semakin membesar seperti mengandung. Selepas pemeriksaan dilakukan barulah diketahui wanita ini mengalami fibroid.”
Jenis-jenis fibroidLokasi fibroid sering mempengaruhi tanda-tanda yang dialami dan pada sesetengah kes, rawatannya.
- Fibroid submukus terdapat di bawah lapisan uterus dan boleh menyebabkan masalah haid termasuk kesakitan apabila ia membesar.
- Fibroid intramural adalah fibroid bulat yang terdapat di dalam dinding uterus yang boleh menyebabkan pembesaran uterus.
- Fibroid subserous tumbuh di luar dinding uterus dan selalunya tidak menyebabkan sebarang tanda-tanda sehinggalah ia membesar dan mengganggu organ-organ lain.
- Fibroid pedunkel berbentuk gagang tercetus apabila fibroid subserous mengeluarkan tangkai atau pedunkel, membesar serta membengkok dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.
- Fibroid submukus dan intramural lebih banyak mengundang kesakitan semasa haid dan mendatangkan masalah seperti keguguran. Sementara itu, subserous dan pedunkel pula boleh menyebabkan masalah kemampatan dan kesakitan terutamanya semasa kehamilan.
- Fibroid interliganmentous tumbuh di sisi di antara ligamen yang menyokong uterus di dalam abdomen dan adalah sukar untuk mengeluarkannya yang berkemungkinan menjejaskan bekalan darah.
- Fibroid parasitik, paling jarang berlaku di mana fibroid melekat pada organ lain.
Waktu sesuai merawat fibroid“Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukkan tanda-tanda seperti yang dijelaskan tadi.
“Ia juga difikirkan sesuai, bagi sesetengah kes apabila seseorang wanita ingin hamil dan pandangan perubatan berbelah bahagi sama ada fibroid perlu dirawat atau mencari peluang mengandung,” kata Dr. Salleh.
Kadangkala, haid yang terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang wanita itu mendapat anemia.
Pun begitu, katanya, kebanyakan doktor bersetuju biarpun tiada simptom-simptom, fibroid pedunkel agak jarang mencetuskan masalah besar bagi wanita hamil.
Bagaimanapun bagi fibroid submukus, ia berkemungkinan menyebabkan wanita lambat hamil serta mengakibatkan wanita hamil mengalami keguguran.
Keputusan untuk merawat atau tidak sebenarnya bergantung kepada usia wanita itu sendiri, saiz fibroid, pernah keguguran dan sama ada rahim menjadi herot kerana kewujudan fibroid itu.
Dr. Salleh menambah, usia adalah faktor penting kerana fibroid akan membesar di bawah pengaruh estrogen dan fibroid juga mudah dikeluarkan di kalangan wanita muda dan ketika fibroid masih kecil lagi.
Bagi wanita yang berusia, mereka perlu berjaga-jaga apabila membuat keputusan untuk melengahkan pembedahan.
“Bagaimanapun, wanita yang telah menjalani pembedahan mengeluarkan fibroid perlu mengambil masa sebelum mengandung. Pakar akan menasihati masa yang sesuai mengikut keadaan pesakit,” ujarnya lagi.
Rawatan fibroidRawatan fibroid bergantung kepada saiz dan kedudukan fibroid itu.
- Rawatan hormon; terapi hormon sangat berguna kepada wanita yang hampir menopaus dan bercadang untuk mengelak pembedahan. Bagaimanapun terapi ini tidak banyak memberi manfaat kepada wanita yang bercadang untuk hamil.
- Reseksi histeroskopi; lazimnya dilakukan ke atas fibroid submukus asalkan fibroid itu berukuran kurang daripada l0 sentimeter garis pusat. Beberapa proses dilakukan sebelum pembedahan dapat dilakukan.
Pembedahan membuang fibroid ini menggunakan sejenis alat berupa wayar khas bersama histeroskop yang dimasukkan ke dalam uterus melalui serviks/pangkal rahim.
- Pembedahan laparoskopi atau miomektomi laparoskopi pula adalah pembedahan bagi mengeluarkan fibroid.
Intramural dan subserous boleh dikeluarkan melalui pembedahan ini melalui dua insisi/pemotongan 10 milimeter panjang, satu di bahagian pusat dan satu lagi di garisan abdomen.
Hanya segelintir sahaja pakar yang mengambil pilihan ini kerana ia mengambil masa yang lama dan cukup mencabar.
- Miomektomi terbuka, pembedahan konvensional yang dilakukan melalui insisi di bahagian bawah, memanjang atau menegak di bahagian garisan bikini (antara ari-ari dan abdomen). Otot-otot uterus dibedah dan fibroid dikeluarkan.
Doktor biasanya akan mengesyorkan wanita yang hamil selepas pembedahan ini untuk menjalani pembedahan Caesarean apabila sampai masanya untuk bersalin.
- Histerektomi bergantung kepada usia, bilangan anak, masalah kesihatan wanita serta lain-lain faktor.
Wanita yang menjalani histerektomi tidak akan mempunyai haid lagi kerana rahimnya sudah dikeluarkan sekali bersama fibroid.
Nasihat pakarDr. Salleh menegaskan, bagi wanita yang menopaus, mereka perlu mendapat rawatan sekiranya mengalami tanda-tanda menopaus yang teruk.
Dalam hal ini, suami perlu memberi sokongan yang sewajarnya untuk isteri dalam meneruskan kehidupan seharian termasuk dalam hubungan suami isteri.
Beliau juga menekankan, wanita perlu menjalani ujian pap smear secara berkala untuk mengesan kanser servik dan fibroid. Fibroid yang aktif dan cepat membesar juga berbahaya bagi wanita.
Wanita yang melalui pembedahan perlu mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang ideal serta melakukan senaman yang bersesuaian apabila mereka sudah pulih sepenuhnya. Jumpalah doktor untuk nasihat selanjutnyaKepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak,saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut:
Elakkan:
- Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
- Makan junk food
- Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
- Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
- Makan burger dan nugget
- Makan jambu batu
- ajinomoto & seangkatan dengannya
- cili@ tomota sos-kandungan ada angkatan ajinomoto
- tomato
- taugeh
- peria yang beli kat pasar-kalau tanam sendiri ok
- kobis
- makanan laut-kerang,sotong,ikan bakar
- makanan yang dibakar terus(direct) dengan api-ikan bakar,satay
- makanan @ minuman yang ada pewarna
Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.
Amalkan amalan berikut, selepas solat atau bila-bila masa & ketika dimana jua:
a) Istigfar
a) Istigfar
b) Subhanallah
c) Alhamdulillah
d) Allah hu Akbar
e) Selawat keatas Nabi Muhammad SAW
CARA MELAKUKAN AMALAN SENAMAN BATIN
1. Duduk bersila badan tegak
2. Luruskan kaki kanan ke depan
3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan, tangan kiri pula pegang lutut kiri dan tarik nafas perlahan-lahan.
4. Selepas nafas penuh di dada, bawa tangan kiri tadi ke kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jgn lepaskan nafas, tahan selama tujuh saat)
5. Ulangi perkara di atas dengan kaki kiri pula.
6. Lakukan tiga atau tujuh kali selepas solat Subuh. Jika betul melakukannya, peluh akan keluar walaupun hanya 3 kali (3 x kanan dan kiri)
WANITA YANG INGIN HAMIL BOLEHLAH MENGAMALKAN HERBA PUERARIA,KERANA HERBA PUERARIA DAPAT MENGATASI MASALAH-MASALAH VAGINA DAN RAHIM.
SELAMAT MENCUBA!