Friday, 25 November 2011

KACIP FATIMAH

Nama Lain
Selusuh fatimah/rumput siti fatimah/akar fatimah/kunci fatimah/pokok pinggang dll.

Nama Saintifik
Labisia pumila(famili:Myrsinaceae)ia pernah dinamakan sebagai Labisia pothoina

Famili
Myrsinaceae

Ciri-ciri tumbuhan
Kacip fatimah merupakan jenis herba berkayu dengan rizomnya yang tumbuh menjalar.Umumnya ia mempunyai ketinggian 8-10cm,dengan diameter batang diantara 1-2cm.Daunnya berbentuk bujur dengan buahnya berwarna hijau dan berangkai-rangkai.Namun begitu,hasil kajian taksonomi botani mengenalpasti hanya tiga varieti Labasia pumila yang di perolehi di Malaysia iaitu L.pumila var. alata, L.pumila var. pumila dan L.pumila var.lanceolata(stone,1998).Varieti ini dibezakan melalui ciri tangkai daunnya iaitu L.pumila var.alata mempunyai tangkai daun yang pendek(2-8 cm) bersayap lebar,sementara tangkai daun L.pumila var.pumila juga adalah pendek(2-8 cm) dan bersayap halus. L. pumila var.lanceolata pula mempunyai tangkai daun yang panjang(5-13 cm)tanpa sayap).ia di kategorikan sebagai tumbuhan yang bersifat sejuk(Abdul & Muhamad 1996),justeru,boleh digunakan untuk rawatan penyakit atau keadaan yang bersifat panas.

Taburan
Tumbuhan ini tumbuh meluas di hutan,terutamanya di hutan pamah dan lereng bukit.

Kandungan Sebatian Kimia
Kajian fitokimia mendapati daun dan akar kacip fatimah mempunyai sebatian-sebatin resorsinol alkenil(sebatian fenol)iaitu(Z)-5-(pentadek-4'enil)resorsinol, (Z)-5-(pentadek-8'-enil) resorsinol dan (Z)-5-(pentadek-10'-enil) resorsinol dan sebatian bezokuinon.Kajian terhadap sampel kacip fatimah yang di perolehi dari hutan Simpan Lembah Danum,Sabah dan Krau Game Reserve,Pahang menunjukan tumbuhan ini memberikan kesan negatif terhadap ujian untuk alkaloid,saponin dan triterpena/steroid.tetapi spesimen dari hutan simpan temerloh,Pahang memberikan keputusan positif yang agak lemah bagi ujian saponin.

Kegunaan Secara Tradisional
Ubat periuk yang terdiri daripada kacip fatimah dan beberapa herba lain dipercayai boleh memulihkan kesihatan dan fungsi fizikal dan mental.Ia lebih popular digunakan oleh kaum wanita bagi rawatan selepas bersalin,dalam minggu pertama hingga mingu kelima,kerana ia dipercayai boleh melancarkan peredaran darah,menggalakkan pengecutan rahim,menjarakkan kehamilan dan menambah atau memulihkan tenaga.Sementara sediaan dalam bentuk kapsul banyak digunakan untuk penjagaan kesihatan secara umum khususnya bagi kaum wanita.

Selain itu pokok kacip fatimah ini juga digunakan untuk mengubati buasir dan penyakit dalam tulang dengan meminum air rebusan akarnya.Daunnya yang telah ditumbuk dicampur dengan minyak kelapa digunakan untuk merawat bayi yang mengalami kembong perut.Rebusan tunbuhan ini juga digunakan untuk memudahkan bersalin selain digunakan untuk merawat senggungut,gonorea(penyakit kelamin),senak perut,cirit-birit dan rheumatik.

Kajian Saintifik
Analisis kandungan logam dalam bahagian daun dan akar bagi setiap kacip fatimah varieti alata dan pumila menggunakan teknik spektrofotometer plasma bergandingan secara induktif (ICP) mendapati bahawa tumbuhan ini mengandungi zat besi sebanyak 72.5 hingga 109.5 mg/kg bahan kering.Hal ini menjadikan pokok kacip fatimah sesuai sebagai makanan kesihatan bagi wanita mengandung dan yang telah melahirkan anak (Jamia et al.2004).

Selain itu kajian yang dijalankan oleh FRIM dan USM mendapati bahawa pokok kacip fatimah menunjukkan aktiviti anti-inflamatori (anti-radang).Ektrak metanol pokok kacip fatimah dengan dos 1.0 dan 2.0 mg/ear (disuntik pada telinga tikus)dapat menghilangkan oedema (pembengkakan disebabkan pengumpulan cecair yang banyak di dalam tisu badan)yang diaruhkan dengan tetradecanoylphorbol acetate (TPA) dengan berkesan Rasadah et al.,2011)

Manakala satu kajian anti-inflamatori yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia,mendapati ekstrak kasar metanol akar pokok kacip fatimah dengan kepekatan 200 ig/ml memberikan kesan perencatan sebanyak 58% terhadap pengikat reseptor faktor pengaktif platlet (PAF) secara in vitro berbanding kawalan positif pinolida (85% perencatan;IC50 2.56 x 10-7).Pemfraksian ekstrak tersebut menghasilkan tiga fraksi yang menunjukkan kesan perencatan sebanyak 9% (fraksi dietil eter),25% (butanol)dan 87% (air).Kajian ini mmencadangkan bahawa ekstrak air pokok kacip fatimah ini mungkin mempunyai kesan anti-inflamatori sebagaimana yang didakwa dalam kegunaan secara tradisional untuk merawat senggugut,sakit tulang dan pelbagai penyakit radang(Jamia et al,.2004)

PRODUK HPA YANG MENGANDUNGI KACIP FATIMAH


PARAMARIA PLUS
RM20

1 comment: